Friday, April 30, 2010

Lagi Sumbangan PIBG hasil Kutipan BACATHON


Ubahsuai perpustakaan melibatkan penukaran tingkap, plasterceiling, pemasangan aircond serta lain-lain kemudahan.

Sumbangan PIBG Kepada Sekolah 2009

Projek Laluan Berbumbung Dari Kantin sehingga ke Tempat Menunggu Bas, Kerja-kerja pemasangan dibantu secara sukarela oleh Rejimen RAJD (Tentera dari Kem Sg Besi). Setinggi terimakasih tidak terhingga.

Projek Tempat Menunggu Bas

Wednesday, April 21, 2010

Ucapan Aluan YDP

Laman Web: smkbbb2.net Tel: 03-89250245 Fax: 03-89251590

KATA-KATA ALUAN YDP



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Para ibu bapa dan guru yang budiman,

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengalu-alukan para ibu dan guru supaya dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG yang ke27 pads Sabtu, 27hb Mac ini, bermula jam 11.00 pagi selepas Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang. Ini tanggungjawab kita bersama selaku ibu bapa dan guru kepada anak-anak yang kita tarbiah dan didik, agar mereka menjadi warga yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara. Banyak laporan dan usul yang akan kita bincang bersama, dari segi soal pembangunan fizikal sekolah, kepada pembangunan insaniah pelajar, dengan harapan dan matlamat yang unggul, semoga anak kita mendapat pendidikan yang sebaik mungkin. Ini satu pelaburan yang sangat bernilai, pelaburan yang akan menentukan hala tuju mass depan anak kita. Selaku ibu atau bapa kita tidak seharusnya bersikap acuh tak acuh, melepaskan tanggungjawab kita sebulat­bulatnya kepada guru, dan mengharapkan guru mewujudkan satu miracle' untuk mengubahkan anak kita menjadi seorang kanak-kanak yang cemerlang, berdisiplin, beretika, dan berjaya di dalam segala bidang. Kits juga sewajarnya memainkan peranan serupa atau lebih daripada guru, memandangkan lebih mass kanak-kanak itu berada di bawah jagaan dan pemantauan kita. Saya percaya dan yakin, ibu bapa masing-masing mempunyai potensi yang jauh lebih hebat daripada spa yang ibu bapa pamerkan. Maka perkasakan potensi itu untuk sama-sama kita mewujudkan satu prasarana yang selesa lagi kondusif bagi anak-anak kita menimba i1mu. Bantulah guru-guru supaya memudahkan usaha mereka, agar hasrat dan matlamat kita dan hasrat mereka juga tercapai. Bagilah sumbangan yang sewajarnya, dalam bentuk idea dan fikiran, mengimfakkan dana dan harts, mencurahkan mass dan tenaga, supaya matlamat kita menjadikan SMKBBB ini sebagai 'Sekolah Pilihan Pertama'(7he First Choice) akan dapat direalisasikan. Ianya bukanlah mudah, tapi tidak mustahil. Sekah lagi says menyeru para ibu bapa dan guru supaya dapat hadir beramai-ramai ke mesyuarat irii kelak. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan amatlah dialu-alukan.

Mohd Anwar Khan
Yang DiPertua PIBG 2009 / 2010